Global

Bantuan makanan di Gaza hampir habis, laluan pintu masuk disekat tentera Israel

Agensi kemanusiaan utama Arab Saudi memaklumkan penutupan Rafah dan laluan lain ke Gaza, Palestine telah dihalang oleh tentera Israel sejak 7 Mei lalu.

Penutupan itu dibuat bagi menghalang segala usaha kemasukan bantuan daripada segi pemakanan kehidupan seharian yang dapat membantu penduduk di Gaza.

Menurut Ketua Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman, Abdulla al Rabeeah melaporkan ratusan trak terkandas dan tidak boleh melepasi pintu ke Rafah akibat penutupan tersebut.

“Makanan yang dihantar dan berada dalam ratusan trak yang menunggu memasuki Gaza disekat.

“Ianya disimpan di dalam gudang dan dijangka mendekati tempoh tamat,” jelasnya.

Manakala menurut laporan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan makanan dan ubat-ubatan kepada orang Palestin di Gaza sedang diletakkan dan dikumpulkan di Mesir dan dalam masa yang sama bekalan sporadik dihantar melalui Jordan dan Tebing Barat dengan menggunakan jalan ke Kerem Shalom.

Bahagian kemanusiaan kerajaan Saudi turut melancarkan akses udara dan laut dari Riyadh ke Al Arish dan Rafah dengan menerbangkan lebih 54 pesawat awam dan tentera dengan menghantar lapan kapal melalui operasi bantuan pelabuhan Jeddah dengan kerjasama PBB.

Ia susulan penutupan laluan yang dilakukan Israel sejak 7 Mei lalu bagi meningkatkan serangan mereka ke atas wilayah tersebut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close