Negeri

Dua mangsa cedera, lori sondol treler di Ipoh

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah lori muatan 16 tan melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di Kilometer 264, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Jelapang ke Ipoh, Perak pada Jumaat.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Nor Azam Abd Rahman merangkap Ketua Operasi, seramai tujuh anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya terus menuju ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan kecemasan.

“Kemalangan tersebut telah melibatkan dua orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa iaitu pemandu lori muatan 16 tan telah mengalami kecederaan ringan dan telah keluar sendiri daripada kenderaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Manakala, seorang lagi lelaki iaitu kelindan lori berkenaan telah tersepit di ruangan penumpang dan kaki kirinya mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan lalu menyerahkannya kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan segera.

Difahamkan, operasi menyelamat berkenaan melibatkan jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan tentang kejadian kemalangan itu pada pukul 1.46 pagi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close