Nasional

Imigresen gempur 16 premis, 54 PATI ditahan

Seramai 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak dalam serbuan di 16 premis perniagaan dan kediaman sekitar daerah Kinta, Perak.

Serbuan Op Belanja, Op Sapu dan Selera dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM Perak bermula 4 dan 5 Julai.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 34 orang pegawai digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas 90 warga asing serta menahan 54 orang daripadanya.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 18 warga Bangladesh, 13 warga India, seorang lelaki warga Pakistan, 14 warga Myanmar dan empat warga Indonesia serta selebihnya adalah daripada Nepal dan Sri Lanka.

“Kesemua tangkapan ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan.

“Masyarakat diharapkan dapat terus membuat aduan bagi membanteras kebanjiran PATI serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji serta melindungi PATI,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close