Nasional

KESUMA ambil serius laporan JAN, PAC di Parlimen

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil serius laporan-laporan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada Khamis.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong memaklumkan menerusi satu kenyataan, proses pengauditan tersebut adalah terhadap operasi HRD Corp dari 2019 sehingga 2023.

“Saya telah dimaklumkan tentang proses pengauditan oleh kedua-dua badan ini ketika saya mengambil alig portfolio kementerian pada pertengahan Disember 2023, lantas mengarahkan KESUMA dan HRD Corp (PSMB) untuk memberikan kerjasama penuh dengan JAN dan PAC.

“Selain itu, saya juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang penemuan laporan-laporan tersebut,” katanya menerusi kenyataan KESUMA.

Dalam pada itu, rekayasa KESUMA di peringkat HRD Corp telah dilaksanakan untuk memastikan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan tidak akan berulang.

Justeru itu, KESUMA tiada halangan sekiranya mana-mana agensi berkaitan ingin melakukan siasatan lanjut serta tidak akan berkompromi dengan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close