Negeri

Lori kontena terbakar di Lebuhraya PLUS menghala ke Selatan Johor

Sebuah lori treler jenis Scania terbakar di Kilometer 51.2 Lebuhraya PLUS menghala ke Selatan Johor pada malam Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan menerima panggilan kecemasan yang melibatkan bahagian kontena dan bahagian kepala lori terbakar pada kira-kira pada pukul 8.40 malam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) KUP Norhisam Ihwan kebakaran tersebut mengakibatkan kemusnahan sehingga 65 peratus yang turut termasuk isi muatan kontena tersebut.

“Sejumlah lapan orang anggota bomba daripada BBP Renggam dan BBP Ayer Hitam telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan Water Tanker sebaik panggilan diterima.

“Operasi pemadaman telah dijalankan dengan menggunakan salur bantu mula, sumber air daripada tangki pam jentera dan ‘water tanker’ sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit.

Operasi dipercaya tamat sepenuhnya pada sekitar 6.56 pagi Jumaat setelah pasukan bomba selesai melakukan pembersihan dan pemindahan barangan daripada lori yang terbakar.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close