Nasional

Malaysia terima kunjungan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 5 Julai hingga 12 Julai 2024.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, lawatan rasmi tersebut diterima atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Sheikh Ali Al-Qaradaghi merupakan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia dan merupakan tokoh terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Maqasid Shariah dan Pemikiran Islam.

“Keilmuan beliau diiktiraf sebagai rujukan utama pelbagai institusi kewangan dan perbankan Islam dalam lapangan antarabangsa termasuk juga institusi kewangan di Malaysia.

“Sebagai pemimpin utama Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ali Al-Qaradaghi berperanan besar dalam mengarusperdana pemikiran kesederhaan dalam Islam terutama dalam aspek Maqasid Syariah dan Islam dan Kenegaraan.

“Kehadiran Sheikh Ali Qaradaghi ke Malaysia akan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah yang mengadaptasi pendekatan Maqasid Syariah dalam pentadbiran dan pemerintahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sepanjang lawatan rasmi Sheikh Ali Al-Qaradaghi, pihaknya telah menyusun program-program melibatkan beliau antaranya seperti Global Madani Forum Anjuran IKIM di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, Konvensyen Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran JAWI di Dewan Syarahan Masjid Negara, sesi Pertemuan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Sesi khas bersama Asatizah dan Ilmuan Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Beliau yakin bahawa lawatan rasmi itu akan membawa manfaat kepada keharmonian serta perpaduan masyarakat dan negara.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close