Membudayakan integriti kepada seluruh anggota tentera Formasi 1 Divisyen

Hari Pengajian Peringkat Pertama (1) Divisyen (Div) telah diadakan pada 5 Julai 2024 yang bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Markas 1 Div, program tersebut dihadiri seramai 200 pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam dari Formasi 1 Divisyen yang bertugas sekitar kawasan berkenaan.

“Objektif Hari Pengajian ini adalah untuk mendedahkan kepada pegawai dan anggota tentera serta kakitangan awam MK Formasi dan Pasukan Naungan Formasi 1 Div untuk membudayakan integriti di seluruh organisasi dan kehidupan warga Formasi 1 Divisyen.

“Dalam pada itu, ia telah dijayakan menerusi Syarahan Integriti Bertajuk “Pembudayaan Integriti” oleh Abang Nurfadli Abang Yusuf dari Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak.

“Selain itu, syarahan tersebut turut diisi dengan kuiz interaktif yang mana pemenang kuiz telah menerima hadiah sumbangan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak,” katanya.

Justeru itu, penyampaian cenderahati telah dilaksanakan sebagai penutup tirai program tersebut kepada pensyarah jemputan yang disampaikan oleh Ketua Staf 1 Div, Kolonel Mohamed Rosly Darasid mewakili Panglima 1 Div.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat