Negeri

Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM2.3 juta dirampas

Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 229 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM2.3 juta dalam Ops Gym pada Jun lalu .

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohtar Pungut berkata, operasi ini dijalankan susulan daripada aduan berkaitan wujudnya rangkaian pengendalian gimnasium sebagai pembekal ubat steroid anabolik tidak berdaftar di negeri Johor.

“Operasi diadakan bagi mengambil tindakan ke atas penjualan produk yang mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar yang dijual secara dalam talian.

“Steroid termasuk dalam kategori racun terkawal dan kerap disalah guna untuk tujuan membina otot badan, sedangkan ia hanya boleh diambil atas nasihat doktor serta ahli farmasi,” katanya.

Tambah Dr Mohtar, bagi penjualan produk tidak berdaftar siasatan dijalankan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 manakala kesalahan memiliki racun berjadual untuk tujuan jualan tanpa lesen boleh didakwa mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 32(2).

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close