Nasional

Program ReDI beri pendedahan konsep digital kepada peniaga luar bandar – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Kembara Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) pada 2 hingga 5 Julai 2024 untuk memberikan pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KPDN, penganjuran Program ReDI adalah untuk menyahut hasrat kerajaan untuk menggalakkan digitalisasi menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan pada 19 Februari 2021.

“Ia adalah untuk mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniada dan pengguna untuk menjadi masyarakat tanpa tunai, khususnya buat masyarakat di kawasan luar bandar.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha KPDN untuk mencapai sebanyak 15,000 peniaga berdaftar e-dompet sehingga tahun 2025 menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara,” kata kenyataan tersebut.

Inisiatif ReDI menerusi sokongan Bank Negara Malaysia turut menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan pengurusan inventori yang lebih berkesan buat para peniaga.

Dalam pada itu, KPDN turut menyatakan harapan agar strategi kembara advokasi tersebut dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 500 peniaga kecil di semua daerah terlibat untuk celik digital dan beralih ke arah sistem pembayaran tanpa tunai.

Program yang telah dijalankan selama empat hari tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuti Bakar.

Program tersebut juga diadakan di beberapa kawasan terpilih di Semenanjung Malaysia termasuk Putrajaya, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close