Rumah terbakar dijilat api di Kampung Parit Jerman

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan berkenaan satu insiden rumah yang hampir terbakar sepenuhnya di Kampung Parit Jerman, Telok Kerang, Pontian, Johor pada 4 Julai 2024.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamry Sukarseh memaklumkan kebakaran tersebut berlaku sekitar pukul 11.47 pagi menerusi satu kenyataan dipercayai melibatkan sebuah rumah dengan keluasan 40×50 kaki persegi telah musnah.

“Sebuah rumah berkeluasan 40×50 kaki persegi telah musnah terbakar dianggarkan sehingga 90 peratus.

“Pasukan Bomba daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pontian Baru, BBP Pontian dan Fire Post Benut dengan jumlah seramai 17 orang anggota telah digegaskan ke tempat kejadian menaiki dua jentera FRT dan kenderaan FRV sebaik sahaja menerima panggilan,” katanya.

Kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan sumber air terbuka, pam angkut dan pam jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan Bomba.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan dan operasi pemadaman dan pembersihan dipercayai tamat sepenuhnya pada pukul 2.53 petang, Khamis.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat