Bank Negara Malaysia (BNM) mewajibkan syarikat penyedia perkhidmatan pilihan produk polisi insurans dan takaful dengan co-payment yang dijadualkan berkuatkuasa pada 1 September 2024.
Produk insurans dengan co-payment berserta deductibles merupakan sebahagian daripada tuntutan bagi bil perubatan di hospital swasta yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi meskipun pemegang polisi membayar premium setiap bulan ataupun tahunan.
Menurut BNM, sejumlah bayaran dalam bentuk deductibles perlu dibayar terlebih dahulu sebelum syarikat insurans ataupun takaful membayar baki bil perubatan pemegang polisi bagi mendorong pengguna perkhidmatan kesihatan ke arah yang lebih bertanggungjawab.
“Sebanyak 5 peratus dari jumlah tuntutan (claim) yang dibuat oleh pemegang polisi termasuk sejumlah bil perubatan pesakit berjumlah RM50,000 ribu tanpa deductibles.Pemegang polisi juga perlu membayar RM2,500 dan selebihnya dibayar oleh syarikat insurans atau takaful dan/atau minima sebanyak RM500 deductibles mesti dibayar oleh pemilik polisi.
“Pemegang polisi insurans sedia ada yang tidak berniat untuk mengubah sebarang polisi mereka dari segi manfaat (benefits) , had (limits) dan perlindungan tambahan (riders) tidak akan mengalami sebarang kesan melainkan kepada pemegang polisi yang lama yang mahu membuat perubahan dalam ketiga-tiga kategori tersebut termasuk kepada pemegang polisi baharu adalah wajib menerima polisi terbabit.
“Syarikat insurans dan takaful masih dibenarkan untuk terus mempromosikan dan menjual polisi insurans/takaful kesihatan tanpa co-payment & deductibles sedia ada tersebut namun bermula 1 Januar tahun hadapan kesemua produk polis kesihatan yang baru mesti mempunyai ciri co-payment dan deductibles yang ditetapkan.
“Pembeli produk baharu dan pemegang polisi yang membuat pengubahsuaian kepada polis sedia ada harus menanggung sebanyak 5 peratus daripada jumlah tuntutan bil perubatan mereka daripada poket mereka sendiri,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menyatakan perkara ini perlu dilaksanakan bagi merendahkan kos yang perlu dibiayai oleh syarikat insurans, takaful dan juga pemegang polisi yang lain (pool), bagi mengelakkan sebarang tuntutan palsu dalam memastikan kemampanan produk insurans dan takaful kesihatan.
Baca juga :