Negeri

Dua maut motosikal bertembung

Dua orang lelaki maut selepas motosikal mereka bertembung di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam pada Jumaat.

Dalam kejadian pada 11.15 malam itu, seorang remaja berusia 16 tahun dan seorang warga asing disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati motosikal Honda Ex5 dari arah Machap menuju ke Simpang Renggam dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Katanya, pada masa sama datang sebuah lagi motosikal Suzuki RG Sport dari arah bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran secara berhadapan.

“Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal lokasi di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Beliau menyeru, orang ramai untuk sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close