Pelajar pengajian seni liberal meraikan anak- anak kurang bernasib baik

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Puncak Perdana jurusan Kolej Pengajian Seni Kreatif meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik menerusi satu program lawatan Laila Al- Ma’idah yang berlangsung pada 23 Mei lalu.

Program tersebut bertujuan bagi memberikan suntikan semangat dan harapan dalam kalangan anak-anak yatim sekaligus melahirkan generasi-generasi muda yang dapat berbakti kepada masyarakat dalam melaksanakan amalan terpuji seperti amal kebajikan yang melibatkan bilangan pelajar seramai 34 orang.

Program Mentor Mentee tersebut juga merupakan acara kemuncak bagi program Gempita 4.0 yang bermula dari 26 Jun sehingga 29 Jun 2024 di Uitm Puncak Perdana yang menyajikan beberapa aktiviti seperti dekorasi, persembahan khas dari anak-anak yatim tersebut serta majlis yang bertemakan Islam Arabian Night dalam memberikan pengalaman manis kepada mereka yang terlibat.

Menurut penasihat program Laila Al-Ma’idah, Ts. Azroz Mohd, setelah perbincangan bersama Ketua Pengajian, Ketua Bahagian, pensyarah dan pelajar, tema Arabian Night merupakan tema bagi program Malam Laila Al-Ma’idah yang diadakan sempena minggu Final Year Project bagi Gempita semester ini.


“Program ini bukanlah sekadar jamuan makan semata-mata tetapi harapan agar program ini dapat merapatkan hubungan antara semua yang hadir dalam program ini.

“Selain itu, pendekatan bagi meraikan anak-anak yatim dengan menjemput kira-kira 25 orang daripada mereka termasuk pengiring untuk bersama-sama dapat memeriahkan malam ini dan saya mengharapkan agar acara ini dapat menjadi platform untuk pelajar Pengajian Seni Liberal melepaskan stres mereka dengan menjamu selera dengan hidangan yang lazat,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengharapkan teori pengurusan dan strategik yang dipelajari oleh pelajar-pelajar semester 3 itu semasa menguruskan program tersebut dapat dipratikkan sepanjang semester.


Baca juga:

Anda Mungkin Berminat