Negeri

Pemandu lori penghantaran serah diri, pandu lawan arus

Tular satu rakaman video menunjukkan sebuah lori yang memandu dalam keadaan melawan arus di Jalan Persiaran Utama S2/3, Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Polis Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan mendapati pemandu lori berkenaan memandu dari arah Green Street ke Kalista 2.

“Ketika kejadian, lori jenis bonded berwarna putih itu sampai di simpang lokasi lalu terus belok ke kanan dan melawan arus.

”Dipercayai, pemandu mengikut laluan yang ditunjukkan oleh aplikasi Waze sehingga ke lampu isyarat Persiaran Utama S2/3.

”Usaha mengesan suspek telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban dan seorang lelaki berumur 54 tahun telah tampil bersama sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, boleh hubungi Penolong Pegawai Penyiasat Kes iaitu Sarjan Azmi di talian 013-4288599 atau terus ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 51 saat menjadi tular gara-gara sebuah lori telah melawan arus.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close