NegeriPolitik

PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,267

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Baru (ADUN) N.20 Sungai Bakap sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan pada malam Sabtu.

Abidin Ismail memenangi kerusi DUN Sungai Bakap dengan majoriti 4,267 undi.

Beliau memperoleh 14,489 undi, menewaskan Dr Joohari Ariffin daripada Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 10,222 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, malam Sabtu.

Berdasarkan keputusan kiraan, PH hanya memenangi satu daripada lapan daerah mengundi iaitu Puteri Gunong dengan meraih 3,952 undi, dengan kelebihan tipis 369 undi.

PN menguasai tujuh daerah mengundi dengan memenangi semua sembilan saluran mengundi di Sungai Duri dengan meraih 3,101 atau majoriti 2,056.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan saingan satu lawan satu antara PH dan PN (PAS).

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Mohd Nor akibat keradangan dalam perut pada 24 Mei.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close