NasionalUncategorized

UIAM nafi gagal langsai hutang, tidak bergantung kepada geran kerajaan sejak tahun 2020

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan dakwaan yang dilaporkan media mengenai gagal melangsaikan hutang dan bergantung kepada geran kerajaan sejak tahun 2020 hingga 2022,pada Sabtu.

“Perkara berkenaan tidak tepat kerana sebagai universiti awam, kami tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi tujuan perbelanjaan operasi.

“Pengurusan UIAM ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang pinjaman berbentuk hutang yang pernah diambil sehingga hari ini.

“Perkara itu dapat dibuktikan melalui hasil dapatan audit penyata kewangan oleh juruaudit bebas iaitu KPMG Malaysia yang telah memberi penarafan sijil bersih kepada universiti berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2021,” ujarnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan kedudukan kewangan Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam kedudukan kurang stabil secara keseluruhan dengan defisit terkumpul sebanyak RM17.06 juta setakat 31 Disember 2022.

UIA dimaklumkan gagal mengutip sejumlah RM9.17 juta yuran dari 5016 pelajar antarabangsa yang dipercayai mengakibatkan mereka gagal membayar semula hutang dan bergantung kepada geran kerajaan sejak tahun 2020.

Ia susulan satu laporan yang dikeluarkan Laporan Ketua Audit negara bagi penggal 2/2024 pada 3 Julai (Rabu), lalu.

Baca juga:


Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close