Nasional

Agong kurnia anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Antarabangsa

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Tahun 1446H / 2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang, Datuk Seri Haji Hassan Haji Ahmad.

Turut dikurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa kepada Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi dari Qatar. Prof. Dr. Ali ialah seorang ilmuan dan pemikir Islam berpengaruh dunia.

Hadir sama pada istiadat itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hajah Hakimah Mohd Yusoff.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close