Nasional

KPM saring semula data PAJSK lepasan SPM 2023 yang tercicir

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah.

KPM menerusi kenyataan pada Ahad memaklumkan, data itu akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran melanjutkan pengajian yang tertakluk kepada kelayakan calon dan kekosongan program.

“KPM mengambil serius isu calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir markah PAJSK.

“Tindakan segera telah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut menjalankan siasatan secara terperinci mengenai perkara berbangkit itu dan melaksanakan langkah intervensi bagi menyelesaikannya dan memastikan isu sama tidak berulang pada masa akan datang.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai isu dialami seorang pelajar cemerlang SPM 2023 menerima markah PAJSK kosong didakwa kerana berlaku kesilapan dalam penilaian itu.

Difahamkan, pelajar terbabit gagal dalam permohonan untuk meneruskan pengajian ke institut pendidikan tinggi atau tawaran yang diperoleh bukan pilihan pertama UPUOnline.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close