Jenayah

Warga emas rugi lebih RM400,000 terlibat dalam pelaburan tidak wujud

Seorang lelaki warga emas tempatan mengalami kerugian sebanyak RM400,900 selepas tertipu dengan tawaran pelaburan mata wang digital tidak wujud menerusi laman web kakauet.com.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang berusia 64 tahun itu berminat dan percaya dengan pelaburan tersebut telah berurusan dengan suspek yang dikenali melalui Facebook.

“Mereka yang kemudiannya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp telah bertukar informasi mengenai pelaburan tersebut dan suspek telah memasukkan maklumat mangsa ke dalam laman web tersebut.

“Mangsa kemudiannya membuat pemindahan wang ke dalam pelaburan tersebut antara tempoh 3 April hingga 18 Jun tahun ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Namun, mangsa mulai menyedari dirinya telah ditipu setelah dia perlu membuat bayaran tambahan 3 peratus dari jumlah pelaburan kerana akaun pelaburannya telah disita oleh Kementerian Kewangan Amerika Syarikat yang palsu.

Shahrulanwar turut menyatakan setelah merasakan dirinya telah ditipu, mangsa bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan untuk mengelakkan diri mereka ditipu sebegini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close