Sukan

Paris 2024: Mampukah Ariana Nur Dania cipta kejutan di penampilan sulung nya?

Penampilan sulung pemanah muda negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi di pentas Olimpik Paris 2024 menjadi tanda tanya sama ada beliau mahu ‘bidik’ pengalaman ataupun podium selepas berjaya menempah tiket dalam dua kategori di temasya tersebut.

Memetik laporan Bernama, Atlet berusia 19 tahun itu berjaya memperoleh tiket kategori individu wanita hanya berdasarkan penampilan antarabangsa keduanya di Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand pada November tahun lalu.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengepalai pasukan recurve wanita yang dibarisi Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh dalam mencipta sejarah buat julung kalinya Malaysia mempunyai wakil dalam kategori berkenaan selepas mereka mara ke separuh akhir kejohanan ArcheryInParis Final Olympic Qualifier di Antalya, Turkiye, awal bulan lepas.

“Kalau ada rezeki, ada medal tapi saya tak letak jangkaan tinggi sangat sebab saya tahu saya berada di tahap mana dalam peringkat dunia ini, harapan saya untuk buat yang terbaik. Pencabar terbesar bagi saya adalah atlet dari Korea Selatan, USA, India, China dan Great Britain.

“Bagi saya mereka ini sangat tenang ketika memanah (shoot) dan saya kagum. Jadi mungkin itu faktor mereka berada dalam kalangan yang terbaik,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut laman sesawang masarchery.org, Ariana Nur Dania bakal menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera, bagi memperkemaskan teknik selain menyerap ilmu buat dijadikan bekalan di Paris.

Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Baca Juga:

Related Articles

Check Also
Close