Pelapis negara tamatkan 6 tahun kemarau tanpa pingat di Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024

Skuad muda badminton negara berjaya menamatkan enam tahun kemarau tanpa pingat di pentas Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai 2024, di Yogyakarta Indonesia selepas merangkul empat pingat.

Kejohanan yang berlangsung di Arena Sukan Among Rogo itu menyaksikan Malaysia membuka tirai kejohanan dengan membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran selepas berjaya menewaskan pasukan India 3-2 untuk mara ke peringkat Separuh Akhir.

Manakala bagi acara individu pula, pasangan regu lelaki negara yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan, Khang Khai Xing-Aaron Tai berjaya membawa pulang pingat perak selepas ditundukkan gandingan pilihan kelima kejohanan dari China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di pentas akhir 21-13,21-11.

Kali terakhir Malaysia berjaya membawa pulang pingat dalam sektor tersebut adalah pada tahun 2010 menerusi gandingan Yew Hong Kheng- Ow Yao Han.

Sementara itu, Perseorangan Wanita Negara, Siti Zulaikha Azmi terpaksa akur membawa pulang pingat gangsa selepas kemaraannya dihentikan di pentas separuh akhir oleh lawan dari China, Xu Wen Jing dalam aksi straight set 15-21,17-21.

Dalam masa yang sama, gandingan regu wanita negara , Ong Xin Yee- Carmen Ting turut berdepan nasib yang sama apabila terkandas di peringkat separuh akhir kepada pasangan pilihan kelima kejohanan dari China, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue dalam aksi rubber set 21-17,15-21, 23-21.

Baca juga :

Anda Mungkin Berminat