Jenayah

Polis buru suspek kes tembakan di Serian

Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di pasar raya Batu 19, Jalan Kuching, Serian, Sarawak pada pukul 1.57 pagi hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi melaporkan insiden tersebut melibatkan tiga orang mangsa warga tempatan.

”Ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan kesan tembakan pada bahagian badan.

”Kesemua mangsa kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada seorang lelaki warga tempatan yang merupakan rakan kepada ketiga-tiga mangsa berkenaan.

Suspek insiden tembakan tersebut turut dipercayai menggunakan senjata jenis senapang patah.

Mohd Irwan turut menyatakan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close