Jenayah

Polis tahan 3 suspek disyaki terlibat dalam samun berkawan di Dungun

Polis Daerah Dungun menahan tiga orang suspek disyaki terlibat dalam kes samun berkawan di sebuah kedai kotak di Jalan Baru Pak Sabah, Dungun, Terengganu pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir melaporkan mangsa ialah lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik kedai kotak tersebut.

”Mangsa yang sedang mengemas kedainya pada pukul 11 malam telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali yang mengacukan pisau di belakang badannya.

”Mangsa kemudiannya diikat di kedua-dua belah tangan dan mata mangsa turut ditutup menggunakan kain,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Susulan kejadian itu, Maizura menyatakan mangsa mengalami kerugian selepas beberapa barangan peribadinya diambil oleh suspek.

Antara barangan peribadi mangsa yang diambil oleh suspek termasuk sebuah telefon bimbit, wang tunai, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Dalam pada itu, pihak polis yang berjaya menahan sekumpulan suspek turut membuat beberapa rampasan kepada beberapa barangan.

Antaranya, lima unit dril, dua unit grinder, satu unit komputer dan beberapa barangan rampasan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes-kes samun yang lain.

Maizura mewakili pihak polis Dungun dalam pada itu menasihati orang ramai untuk berhati-hati sentiasa dalam melakukan suatu pekerjaan agar dapat mengelakkan diri menjadi mangsa samun yang seterusnya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close