Nasional

Seekor lagi harimau mati, ketersambungan haiwan liar harus dipantau segera

Aktivis Keadilan Iklim atau lebih dikenali sebagai climate aidil di laman X, menggesa pihak bertanggungjawab mengambil langkah dalam meningkatkan koridor ekologi dan ketersambungan habitat haiwan liar dijaga,pada 6 julai.

Kenyataan itu dibuat susulan seekor lagi harimau Malaya mati selepas dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Kilometer 314, lorong arah utara Lebuhraya Utara-Selatan , Tapah,Perak pada Sabtu.

“Hari ini, seekor harimau Malaya ditemui mati selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Tapah, Perak. Ia adalah harimau jantan, dianggarkan berumur empat tahun.

“Minggu lalu, dua ekor harimau Malaya dibunuh. Sekarang, ini. Sungguh menyayat hati melihat kehilangan ini.

“Kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk membendung konflik manusia dan hidupan liar yang timbul daripada pemecahan habitat.

“Adalah tidak memadai untuk memberitahu pemandu Malaysia supaya peka dengan kawasan panas hidupan liar di jalan raya. Kita mesti meningkatkan koridor ekologi & ketersambungan habitat kita,” jelasnya menerusi satu hantaran di laman X.

Pada bulan lalu, pihak Perhilitan Kelantan mengesahkan menerima satu laporan berkenaan bangkai harimau yang ditemui terapung di Sungai Dabong, Kuala Krai.

Manakala, dua ekor harimau Malaya turut dilaporkan dibunuh pihak tidak bertanggungjawab yang membawa rangka dan tulang haiwan yang dibunuh sebelum ditangkap.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close