Nasional

Agong terima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima watikah 12 perwakilan asing ke Malaysia dalam istiadat watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia yang berlangsung di Istana Negara, pada Selasa.

Ketua perwakilan asing berkenaan dibarisi Pesuruhjaya Tinggi Kenya, Tuan Yang Terutama (TYT) Ekitela Ronald John Moru, Duta Besar Bahrain TYT Dr. Waleed Khalifa Al Manea, Duta Besar Republik Guinea, Puan Yang Terutama (PYT) Koumba Diop, Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives, PYT Dr.Mariyam Shabeena Ahmed, Duta Besar Mexico TYT Luis Javier Campuzano Pina, dan Duta Besar Republik Demokratik Timor-Leste,TYT Lisualdo Menezes Coimbra Gaspar.

Turut serta, Pesuruhjaya Tinggi Jamaica, TYT Jason Keats Matthew Hall , Pesuruhjaya Tinggi Botswana TYT Dr. Batlang Comma Serema, Duta Besar Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, TYT Profesor Fekadu Beyene Aleka, Duta Besar Republik Rakyat Burkina Faso, TYT Desire Boniface Some.

Dalam masa yang sama, Duta Besar Republik Slovak, TYT Tomas Ferko dan Duta Besar Republik Belarus, TYT Raman Ramanouski turut hadir bagi menerima watikah perlantikan tersebut.

Selain itu, Menteri Luar Negeri , Datuk Seri Mohammad Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, dan Ketua Protokol Wisma , Datuk Mohd Aini Atan turut hadir ke majlis istiadat yang berlangsung hari ini.

Related Articles

Check Also
Close