Politik

AMANAH terima keputusan PRK Sungai Bakap dengan hati terbuka

Parti Amanah Negara (AMANAH) menghormati keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang berlangsung pada 6 Julai lalu dengan hati terbuka bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Mohammad Sabu menerusi satu kenyataan pada Selasa.

“Kami menerima keputusan PRK tersebut dengan penuh tawadhuk bahawa usaha berterusan akan digerakkan dan dalam masa yang sama ia dapat memperkuatkan lagi sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Parti Amanah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitment yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen.

“Justeru, kerjasama jentera parti Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sedang dibina ini harus diperkukuhkan lagi bagi menghadapi segala jua pilihan raya yang akan datang.

“Terutama sekali Pilihan Raya Utama yang ke -16 nanti,” ujarnya.

 Pada 6 Julai lalu, Pakatan Harapan Joohari Ariffin dan Perikatan Nasional Abidin Ismail bersaing dengan menyaksikan PN memenangi PRK Sungai Bakap dengan jumlah undian majoriti 4,489 kerusi berpihak kepada mereka.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close