Sukan

Garrido cabar anak didiknya buktikan kemampuan pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024

Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) Negara, Juan Torres Garrido mencabar barisan pemain baharu dalam membuktikan kemampuan mereka untuk layak menjadi juara bertahan dalam menggalas cabaran negara di kejohanan B-19 ASEAN 2024 yang bakal berlangsung di Surabaya, Indonesia pada 17 hingga 29 Julai ini.

Jurulatih berasal dari Sepanyol itu memohon agar anak buahnya mampu memberikan saingan dengan sentiasa mengekalkan permainan yang tenang dan mengelakkan sebarang tekanan selain memberikan tumpuan penuh ketika perlawanan.

“Saya faham jika ini pasukan yang sama menjuarai edisi 2018 atau 2022, mungkin ada tekanan tetapi kali ini adalah barisan pemain baharu dan kumpulan ini perlu membuktikan mereka berhak bergelar juara,”

“Saya tidak suka bercakap banyak tentang lawan kami, sama ada mereka kuat mahupun lemah sebab buat masa sekarang ianya agak sukar untuk mengetahui mengenai generasi baru ini,” ujarnya ketika ditanya media pada hari pertama kem latihan pusat di Universiti Malaya pada Isnin.

Ditanya mengenai cabaran dalam saingan kumpulan, Garrido tidak mahu mengolah dan menyatakan fokus utamanya ketika ini adalah memastikan persiapan dalam keadaan yang baik.

Sebagai rekod, skuad negara bimbingan Bojan Hodak pada tahun 2018 berjaya merangkul gelaran sulung kejohanan tersebut sebelum anak didik Hassan Sazali Waras menyambungkan kejayaan tersebut dengan meraih kejuaraan kedua empat tahun kemudian.

Edisi tahun ini, Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama juara lima kali Thailand, Singapura dan Bruinei manakala naib juara, Laos berada di dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar dan Australia.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close