Negeri

Kereta meletup, terbakar di laluan keluar Malaysia-Singapura

Satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian sebuah kenderaan terbakar dan meletup di laluan kenderaan keluar Malaysia-Singapura, Johor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis Raub Selamat berkata, pihaknya mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada 8 Julai 2024 sekitar pukul 8.05 malam.

“Kenderaan tersebut terbakar dan beberapa letupan kecil di bahagian hadapan kenderaan di kawasan laluan motokar Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Seorang anggota Trafik Balai Polis BSI ketika itu sedang membuat rondaan berkala dan melihat asap tebal lalu petugas terus bergegas ke lokasi.

“Walaubagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota dan penjawat awam yang bertugas berhampiran tempat kejadian pada pukul 8.45 malam,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, pemandu dan penumpang kenderaan yang merupakan pasangan suami isteri tidak mengalami sebarang kecederaan sepanjang kejadian..

Justeru itu, pihak Polis Johor Bahru Selatan mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menyelenggara setiap kenderaan yang digunakan untuk tujuan kegunaan harian.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close