Nasional

KPDN rintis Pasukan Rundingan Khas Aduan Kenderaan Bermotor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merintis penubuhan Pasukan Rundingan Khas Berkaitan Aduan Kenderaan Bermotor.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia sebagai elemen penyelesaian pertikaian alternatif dan pemudah cara bagi aduan pengguna berkaitan kenderaan bermotor di Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024.

“Kaedah yang digunakan adalah rundingan tripartiteantara Kementerian, pembeli kereta (pengguna) dan pengedar/pengilang.

“Melalui platform rundingan khas ini, disasarkan akan dapat mencari solusi yang adil dan seimbang untuk semua pihak.

“Ini sekali gus mengurangkan kos dan tempoh penyelesaian sebagai alternatif kepada proses mahkamah dan tatacara perundangan lain,” katanya pada Kamar Khas Parlimen pada Selasa.

Beliau menjawab menjawab soalan  Syahredzan Johan (Bangi-PH) bertajuk Ombudsman Motor untuk Memastikan Keberkesanan Lemon Law.

Armizan berkata, KPDN sedang menjalankan Kajian Pewujudan Perundangan berkaitan Lemon Law bermula Jun dan dijangka selesai pada hujung September 2024.

“Hasil kajian ini akan dijadikan asas pertimbangan bagi menetapkan keputusan dasar di peringkat KPDN dalam menentukan hala tuju kerangka perundangan yang komprehensif dan kondusif dengan tuntutan semasa.

“Ini termasuk sama ada kita perlu menambah baik perundangan sedia ada iaitu Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) atau mewujudkan perundangan baharu,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close