Seorang wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah ambulans syarikat swasta dan lori treler membawa muatan kontena di Kilometer 330.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Utara, Tapah, Daerah Batang Padang, Perak pada Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan telah menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 5.05 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera FRT, dua motosikal Unit RIM dan satu kenderaan RRV.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Abd Rahman Ibrahim memaklumkan seramai 18 orang anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tapah dan BBP Bidor terlah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala, pemandu ambulans mengalami kecederaan ringan dan seorang lagi mangsa merupakan seorang wanita berusia 30 tahun.
“Mangsa tersebut berada di bahagian penumpang hadapan dalam ambulans itu didapati telah tersepit.
“Pihak kami telah bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
“Namun, mangsa yang tersepit itu disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Operasi dilaporkan tamat sepenuhnya sekitar pukul 7 pagi pada Selasa.
Baca juga: