PM beri jaminan Kerajaan MADANI ambil berat masalah semua rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI yang dipimpinnya sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau berkata, meskipun berdepan kekangan kewangan akibat keculasan pemimpin lampau yang mencuri wang demi memperkayakan kaum kerabat, namun beliau tetap berusaha memberikan bantuan bagi yang memerlukan.

“Namun saya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif kerajaan.

“Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan, ketimbang celaan dan cercaan semata-mata yang tidak mungkin membantu merungkai masalah,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Dalam pada itu, Anwar sempat singgah ke Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa untuk menghadiri Pesta Makan Buah-Buahan pada Isnin.

“Saya turut umum pemberian sumbangan sebanyak RM72,000 bagi pembelian skrin LED di dewan sekolah ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau memohon rakyat untuk tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan negara tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama.

Baca juga: