Jenayah

Suri rumah rugi lebih RM100,000, terlibat dalam skim pelaburan tidak wujud

Seorang suri rumah mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan mangsa merupakan seorang suri rumah yang berusia 31 tahun.

“Mangsa telah melihat iklan yang dimuat naik di Facebook mengenai skim pelaburan dan telah menunjukkan rasa minat terhadap pelaburan tersebut.

“Mangsa kemudiannya berjumpa dengan suspek perempuan yang merupakan wakil syarikat skim berkenaan dan menerima penjelasan dengan lebih lanjut mengenai pelaburan itu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selepas pertemuan tersebut, mangsa telah melalukan sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam satu akaun bank yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Namun, mangsa mulai menyedari dirinya telah ditipu setelah gagal menerima sebarang keuntungan daripada hasil pelaburan tersebut.

Raiz Mukhliz turut menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang dari setahun atau tidak lebih dari 10 tahun serta sebatan dan denda jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menyeru orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan scammer melalui portal Semakmule untuk menyemak latar belakang mana-mana syarikat atau skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan hingga tidak munasabah.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close