Sukan

Baju rasmi baru atlet paralimpik negara di Paris 2024 terima pujian

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan pakaian rasmi baru atlet paralimpik negara di Paralimpik Paris 2024 sempena pelancaran “50 days Countdown Paris 2024 Paralympic Games” pada Selasa.

Majlis yang dilancarkan oleh Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shariman bersama pengumuman Chef De Mission Paris 2024, Laksamana Pertama Datuk Subramaniam turut merasmikan pakaian tersebut beserta lagu terbaru MPM “Luarbiasa-Kita Juara”.

Pakaian yang berwarna putih bercorak belang harimau yang berwarnakan merah, biru serta kuning itu mencuri perhatian ramai pihak selain daripada menerima pujian selepas dilihat di majlis tersebut.

Pakaian tersebut dianggap sesuatu yang baharu, unik dan segar di mata masyarakat disebabkan pemilihan warna yang menarik dan membuktikan sedikit kelainan berbanding corak-corak pakaian negara pada edisi sebelum ini.

Pemilihan baju itu turut menerima pujian masyarakat tempatan yang mengungkapkan pilihan pemakaian tersebut setanding dengan pencapaian atlet-atlet paralimpik di temasya itu selain melancarkan pemakaian dengan sesi fotografi yang berkualiti.

Pada 23 Jun lalu, pakaian rasmi atlet-atlet Olimpik dan Paralimpik negara menerima kecaman teruk selepas diumumkan oleh pihak MOM. Pakaian sebelum ini yang berwarna emas dan hitam dihiasi dengan rekaan jalur harimau itu dianggap “buruk”, “hodoh” dan ketinggalan zaman.

Paralimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2024 sehingga 8 September 2024.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close