Negeri

JKM Kuching giat kesan ibu kandung Adam Faiq

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuching sedang berusaha mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam Faiq Abdul Rahman berusia 6 tahun.

Menerusi kenyataan media JKM Kuching memaklumkan, ibu kandung kanak-kanak berkenaan iaitu Nurul Asyiqin Anuar, 29 tahun dan alamat terakhirnya di Pangsapuri Teratai, Jalan Penggawa Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, Selangor.

“Dimaklumkan bahawa ibu kandung kanak-kanak telah menyerahkan kanak-kanak kepada seorang individu sejak tahun 2019 semasa kanak-kanak tersebut berusia 2 bulan.

“Sehubungan itu, jabatan ini memohon ibu kandung kanak-kanak untuk tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Norsiela Amira Azmi di talian 082-507111 / 082-507999.

“Ini bagi memberikan maklumat yang dapat membantu jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close