Negeri

Kru vesel nelayan dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut elak ditahan

Seorang kru vesel nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam laut semasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan vesel nelayan berkenaan di muara Kuala Kedah pada Selasa malam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, bot ronda Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melaksanakan OP AMAN dan OP TIRIS 3.0 telah mengesan vesel berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Bot ronda Maritim Malaysia merapati vesel terbabit kerana mengesyaki vesel berkenaan sedang melakukan aktiviti menangguk siput.

“Namun, vesel tersebut bertindak melarikan diri dengan memecut laju ke arah perairan negeri Kedah setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Semasa aksi kejar buru, seorang kru vesel disyaki telah bertindak terjun ke laut setelah vesel berkenaan ditahan dan disoal siasat,” katanya menerusi laman Facebook rasmi Maritim Malaysia pada Rabu.

Susulan itu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengkoordinasikan OPERASI CARILAMAT dan bot ronda Maritim Malaysia, BOT PERKASA 1224 dan 1227 telah ditugaskan ke lokasi mangsa disyaki terjun ke laut.

Difahamkan, usaha mengesan mangsa turut disertai oleh agensi sahabat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan beberapa vesel nelayan tempatan setempat.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close