Nasional

Netizen pertikai kemenangan Syed Saddiq dalam Pertandingan Triathlon Desaru 2024

Kontroversi yang melanda ahli politik muda yang juga pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq berkenaan beliau yang berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan 113 Triathlon Desaru 2024.

Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan kemenangan beliau dan dianggap menipu kerana tidak melengkapkan jarak perlumbaan sepenuhnya.

Malah, salah seorang peserta yang turut serta dalam pertandingan tersebut mempersoalkan bagaimana Syed Saddiq boleh meraih tempat ketiga sedangkan beliau tidak melihat Syed Saddiq memotongnya dalam acara berbasikal.

“Saya perasan awak berada di belakang saya semasa berenang. Dan awak tak pernah memotong saya semasa berbasikal, tetapi semasa larian, awak dah ada di hadapan saya. Macam mana boleh jadi begitu?

“Peserta terpantas Sepanyol pun buat kayuhan dalam tempoh 2 jam 31 minit. Syed Saddiq yang bukan seorang atlit profesional boleh buat dalam 2 jam 37 minit. Awak memang begitu laju?” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai spekulasi yang berbangkit sehingga ramai yang mendesak pihak penganjur Desaru 113 serta badan pengelola Malaysia Triathlon untuk membuat siasatan dan pengesahan berkenaan itu.

Namun begitu, Syed Saddiq tidak berdiam diri dan memberi kenyataan menerusi akaun Instagram miliknya serta menafikan kesemua tuduhan yang dibuat terhadap dirinya.

“Saya menegaskan sepanjang pertandingan, saya memakai peranti yang merekod masa dan telah melalui semua ‘checkpoint’ yang ditetapkan.

“Masa yang lebih cepat dalam pertandingan baru-baru ini adalah hasil daripada persiapan yang lebih baik dan keadaan fizikal yang lebih baik berbanding bulan lalu.

“Saya hanya menyertai triathlon untuk kesihatan mental dan peningkatan diri. Ia bukan tentang pingat atau trofi. Dari menjadi seseorang yang baru dalam komuniti ini, hingga memenangi pertandingan jarak setengah 113 kilometer, ia benar-benar satu perjalanan yang mengubah hidup saya,” ujarnya.

Terdahulu, ketika pertandingan IRONMAN Desaru pada dua bulan lepas, dengan trek yang sama, Saddiq menghabiskan kayuhan dalam tempoh 3 jam 31 minit.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close