Negeri

Pembangunan semula Kampung Sungai Baru bermula pada suku pertama 2025

Perlaksanaan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur dijadual bermula pada suku pertama 2025.

Manakala majlis pecah tanah projek itu, dijangka dilaksana pada penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kerja-kerja pembinaan akan dilakukan setelah mendapat kelulusan perintah pembangunan (DO) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kampong Bharu akan kekal sebagai simbol kemajuan orang melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan akan menjadi ikon komersial orang melayu pada masa hadapan.

“Bagi tujuan ini, saya akan memastikan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 akan dilaksanakan secara telus dan mampan,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr ShahidanKasim (PN-Arau) berhubung status terkini projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru serta tindakan yang diambil terhadap pemaju projek.

Jelas Dr Zaliha, projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru yang tertangguh adalah isu legasi yang diwarisi beberapa pentadbiran kerajaan daripada latar belakang (parti politik) yang berbeza.

Katanya, projek pembangunan semula itu memerlukan tekad politik jika mahu diselesaikan dengan segera.

“Hala tuju kepada projek ini memerlukan keputusan yang objektif, bukannya keputusan populis semata-mata, sebagaimana yang sering dicanangkan oleh mantan yang lain.

“Dalam masa enam bulan sejak saya menerajui Wilayah Persekutuan, projek pembangunan semula yang sudah terbengkalai menginjak ke tahun kelapan, kini akan bakal dapat dimulakan sedikit masa lagi,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close