Nasional

Seorang dari dua beradik makan keropok beracun meninggal dunia

Salah seorang daripada dua adik beradik yang kritikal selepas termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia pada pukul 8.40 pagi hari Rabu.

Mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Perkara tersebut turut disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, yang menyatakan anak sulungnya sudah meninggal dunia.

“Betul, anak saya sudah meninggal dunia dan sedang menunggu proses bedah siasat buat masa sekarang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Akil bersama adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kedah.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik berkenaan dipercayai mengambil paket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun yang bertujuan dijadikan sebagai perangkap monyet.

Perkara tersebut disedari oleh ibunya di rumah mereka sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Adik kepada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan koma namun mempunyai tekanan darah yang baik dan masih menerima rawatan PICU HPP.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close