Kekuatan material, sosiopolitik semasa diperlukan dalam realisasikan idea Madani – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan cabaran dalam merealisasikan idea Madani dalam konteks realiti mengambil kira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa.

Beliau menyatakan kerangka Madani tersebut adalah bersepadu dalam menggabungkan elemen keadilan, kebebasan, nilai dan mementingkan kemakmuran ekonomi.

Ia adalah dengan menyemangati idea dan cetusan nurani Mantan Perdana Menteri Republik Indonesia, Mohamad Natsir iaitu ‘jangan membangun sambil meruntuhkan’.

“Namun, di sebalik pembangunan ekonomi, jangan sehingga mengesampingkan nilai kemanusiaan.

“Gerakan perubahan meratakan kefahaman seperti ini juga penting agar ia inklusif dan dirasakan oleh rakyat terbanyak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam acara Forum Global Madani 2024 di Kuala Lumpur anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada IKIM dan rakan strategik atas penganjuran program tersebut serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam serta luar negeri.

Beliau turut menitipkan harapan agar program tersebut bermanfaat serta mampu memberi pencerahan mengenai Malaysia Madani yang didukung hari ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat