Nasional

APAD batalkan lesen pengendali bas persiaran, 2 pelancong China maut

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) telah memutuskan untuk membatalkan Lesen Pengendali Syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn. Bhd ekoran insiden bas terbalik yang menyebabkan kematian dua pelancong dari China, pada 11 Julai 2024.

Hasil siasatan APAD, di bawah kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapati syarikat berkenaan tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan.

“Syarikat berkenaan gagal mematuhi syarat lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan pemanduan secara berbahaya dan semakan dengan agensi berkaitan juga mendapati syarikat ini turut mempunyai rekod saman lampau yang tinggi.

“Ditegaskan sebarang transaksi berhubung dengan Lesen Pengendali bagi syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan berkuatkuasa serta-merta. Dalam masa yang sama mana-mana syarikat diingatkan untuk memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing dan memastikan aspek kebajikan pemandu terjaga.

“Harap tindakan yang dikenakan ke atas syarikat pengendali ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada lain-lain pengendali untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa beroperasi terutama perkara yang melibatkan hal-hal keselamatan,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Menurut APAD, lesen penggantungan itu dikeluarkan serta merta selepas siasatan selesai dilakukan ke atas insiden kemalangan melibatkan sebuah Bas Persiaran membawa pelancong Warganegara China seramai 18 orang, seorang pemandu pelancong dan dua orang pemandu di Kilometer 16.6 Jalan Genting Highlands, daerah Bentong, Pahang pada 29 Jun lalu .

Akibat dari kemalangan tersebut, dua penumpang warga China, Wang Shuhong, 49, dan Zhang Ping, 58 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 13 yang lain mengalami kecederaan.

Baca juga :

Related Articles

Check Also
Close