Sukan

Dumfries cederakan Kane, UEFA pertahan tindakan pengadil Jerman

Pada aksi separuh akhir Euro 2024, England mendapat talian hayat setelah ketinggalan di tangan Belanda apabila Harry Kane mendapat sepakan penalti kontroversi.

Pemain England itu dihalang oleh pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries ketika dia membuat rembatan kencang yang melambung tinggi dan pada awalnya, pengadil dari Jerman, Felix Zwayer, memberikan sepakan gol.

Dalam masa sama, Kane tetap terbaring sambil memegang kaki kanannya dan Zwayer diminta untuk meneliti semula insiden itu melalui bantuan video pengadil (VAR).

Sepakan penalti kemudiannya diberikan kepada England dan Kane menyudahkannya untuk memadamkan kelebihan jaringan Xavi Simons.

Susulan itu, keputusan berkenaan tidak disenangi terutamanya penyokong Belanda, bagaimanapun, ia keputusan yang tepat menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berdasarkan satu undang-undang spesifik.

Selain itu, undang-undang menyatakan mana-mana pemain boleh dihukum jika didapati ‘berpotensi mencederakan pemain lawan’ ketika cuba memenangi bola, mengesahkan tindakan Zwayer menukar keputusannya kepada sepakan penalti buat England.

Undang-undang FIFA menyatakan ‘ia dilakukan dengan pemain lawan yang berdekatan dan menyekat pemain lawan daripada memainkan bola atas risiko kecederaan. Bermain dengan cara berbahaya tidak membabitkan sentuhan fizikal antara pemain.

“Jika ada sentuhan fizikal, tindakan itu satu kesalahan yang boleh dihukum dengan sepakan percuma terus atau sepakan penalti. Bagi kes sentuhan fizikal, pengadil perlu mempertimbangkan kemungkinan salah laku,” katanya.

UEFA menyifatkan tindakan Dumfries berpotensi mencederakan Kane. – AGENSI

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close