Nasional

Indeks harga seunit simen catat peningkatan antara 0.1 peratus hingga 2.1 peratus pada Jun 2024

Harga seunit simen mencatat peningkatan antara 0.1 peratus hingga 2.1 peratus bagi beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menjelang Jun 2024, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menyatakan peningkatan tertinggi harga direkodkan di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus.

Sementara itu Pahang dan Sarawak masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 1.6 peratus dan 0.1 peratus.

“Perbandingan tahunan untuk tempoh Jun 2023 dan Jun 2024 menunjukkan peningkatan indeks harga seunit simen antara 0.4 peratus hingga 4.7 peratus bagi hampir kesemua kawasan di Malaysia.

“Purata harga simen turut mencatatkan peningkatan kecil dengan purata harga RM23.10 bagi setiap 50 kilogram (kg) sekarung pada Jun 2024 berbanding RM23.04 bagi setap 50 kg sekarung pada Mei 2024,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, DOSM telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai medium untuk menyediakan katalog data dan visualisasi untuk memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data dan boleh diakses melalui portal DOSM.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close