Sukan

Pearly-Thinaah taruh harapan dapat bermain dalam prestasi terbaik di Sukan Olimpik Paris 2024

Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dalam usaha mendapatkan momentum terbaik mereka pada Terbuka Indonesia 2024 bulan Jun lalu bagi menyiapkan diri dalam menghadapi saingan sengit menjelang Olimpik Paris 2024.

Walaupun ditunjukkan jalan keluar pada saingan suku akhir oleh gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan itu, Pearly akui prestasi mereka ketika itu sedikit sebanyak menyumbang dalam membina semula keyakinan mereka dalam menampilkan permainan terbaik.

“Ketika ini dalam tempoh latihan, kami sedang berusaha mencari semula keyakinan dan corak terbaik permainan pada perlawanan lepas. Daripada segi persediaan setakat ini, kami dalam keadaan yang begitu baik kerana kami memberikan sepenuhnya ketika latihan bagi menghadapi Sukan Olimpik,”

“Meskipun kalah, kami mempelajari pelbagai perkara dan seperti atlet lain kami juga mengimpikan untuk memenangi pingat Olimpik dan kami bersedia mahu pamerkan potensi sebenar kami di Paris,” jelasnya ketika sesi sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), pada Rabu.

Dalam masa yang sama, Thinah turut mengharapkan pengalaman berlatih bersama beberapa ‘sparring’ yang dibawa masuk dari Indonesia bakal membantu mereka dalam mengatasi gandingan utama dunia dari China, Qing Chen-Yi Fan dan pasangan nombor dua dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee.

Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara pernah memenangi satu daripada tujuh perlawanan menentang Juara Dunia itu dan tewas dua kali di dari tiga perlawanan di tangan Ha Na-So Hee.

Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung bermula 26 Julai ini sehingga 11 Ogos 2024.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close