Jenayah

Pempengaruh media sosial direman dipercayai salah guna kuasa dapat suapan

Pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijannah direman Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menyeleweng kutipan derma di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Khamis.

Menurut sumber dipercayai, pasangan suami isteri itu ditahan sekitar pukul 6.40 petang pada Rabu, bagi membantu siasatan selepas dilaporkan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit dan menyalurkan duit tersebut ke saluran yang tidak betul.

Sebelum ini, Alif ada membuat satu rakaman video yang memaparkan bukti-bukti dengan menunjukkan transaksi perniagaannya bahawa mereka tidak melakukan sebarang penyelewengan.

Namun, terdapat satu transaksi yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya masyarakat tempatan yang menganggap Alif mendedahkan bukti nyata berlakunya penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh mereka.

Walaubagaimanapun, pasangan pempengaruh itu dilaporkan menggunakan hampir 40 peratus dari kutipan derma banjir yang dipercayai sejumlah RM500,000 digunakan untuk membeli tudung dari pembekal China.

Pihak SPRM turut menggesa pihak yang terlibat dalam penyelewengan tersebut untuk melakukan laporan polis bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close