Nasional

Penunggang motosikal hilang nyawa antara tayar lori

Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai tersepit di antara tayar lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 31.2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada Khamis.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada pukul 9.55 pagi.

“Sepasukan anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pihak kami di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan antaranya motosikal Yamaha LC135, Kereta Toyota jenis Yaris dan sebuah lori.

“Walaubagaimana pun, kesemua yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba menggunakan sistem beg udara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah dibawa keluar dari celahan antara tayar.

Dalam pada itu, mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close