Negeri

Remaja dicabul lelaki warga asing dua hari berturut-turut

Seorang remaja berumur 19 tahun telah dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mangsa sedang bekerja di sebuah gerai di KSL Esplanade Mall, Bandar Bestari, Klang pada Sabtu dan Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Polis Cha Hoong Fong, hasil siasatan mendapati bahawa suspek dipercayai seorang lelaki warganegara asing telah menghampir mangsa yang sedang bekerja.

“Suspek yang menghampiri mangsa terus menyentuh dan meraba peha mangsa yang sedang bekerja di gerai berkenaan.

“Selain itu, suspek juga menyatakan ingin mengoyakkan seluar jenis jeans mangsa.

“Manakala pada 7 Julai 2024, suspek yang sama telah datang dan menyentuh bahu mangsa dan mangsa telah menepis tangan suspek serta memarahi perbuatan suspek yang mencabul kehormatan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas sisatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihak Polis Klang Selatan masih dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang dikenali sebagai Schin, berumur lingkungan 40-an.

“Pihak polis menyeru agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut serta boleh hubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close