Rugi RM185 juta ekoran pelupusan vaksin Covid-19

Kerajaan menanggung kerugian banyak sebanyak RM185 juta akibat daripada vaksin Covid-19 yang telah tamat tempoh dan terpaksa dilupuskan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah kerugian tersebut melibatkan kos logistik, simpanan stok dan sebagainya.

“Sejak daripada Pick, bermula rasminya 24 Februari 2021, kerajaan menerima 84.5 juta dos, sama ada daripada perolehan dan sumbangan.

“Sehingga 11 Jun 2024 sebanyak 9,159,151 dos dalam stok vaksin yang pelbagai jenama telah luput sama ada dalam fasiliti KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) mahupun gudang simpanan yang merupakan 10.8 peratus daripada jumlah dos kita perolehi dan sumbangan.

“Kerugian ini juga termasuk dengan hal-hal berkaitan dengan logistik dari simpanan stor dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menjawab soalan Jalaluddin Alias (Jelebu-BN) yang meminta KKM menyatakan jumlah sebenar vaksin Covid-19 yang terpaksa dilupuskan kerana tamat tempoh dan anggaran kerugian ditanggung kerajaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat