Ketua kumpulan Korean pop (K-pop) INFINITE, Kim Sung Kyu bakal mengadakan konsert solo jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Zepp Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Ogos depan.
Konsert Let’s Vacay (LV3) merupakan kesinambungan daripada konsert solonya selepas Like Your Vibes (LV2) dan Light and Voice (LV1) yang diadakan pada tahun lalu dan tahun sebelumnya.
“Selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 2020, Sung Kyu kembali menghiburkan INSPIRIT (peminat INFINITE) dengan konsert solo Shine Encore selama tiga hari di Seoul, Korea Selatan.
“Selain itu, Sung Kyu turut tampil dalam pertunjukan dan muzikal serta mengeluarkan album mini ketiganya Inside Me dan terus aktif sehingga kini,” menurut kenyataan tersebut.
Sung Kyu, 35, terkenal dengan lagu solonya yang bertajuk 60sec, Beautiful dan Small Talk mulai mencipta nama sebagai salah satu figura dalam industri K-pop sebagai ketua kumpulan INFINITE dengan album mini pertama mereka, First Invasion.
Tiket konsert tersebut boleh didapati di www.etix.com mulai 17 Julai pada pukul 12 tengah hari bermula pada harga RM588 (CAT 2), RM688 (CAT 1), RM728 (VIP Box) dan RM788 (VIP).
Setiap peminat akan mendapat faedah tersendiri jika membeli mana-mana kategori tiket tersebut termasuk foto kad, poster rasmi, foto berkumpulan dan macam-macam lagi.
Baca juga: