Badan Kehakiman Malaysia rakam takziah buat keluarga Tun Mohamed Dzaiddin

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang meninggal dunia, malam Khamis.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan menyebut Mohamed Dzaiddin yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 20 Disember 2000 hingga 15 Mac 2003 telah banyak berjasa kepada badan kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

“Sesungguhnya kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga kehakiman dan negara,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Berita pemergian Allahyarham disahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Mohamed Dzaiddin, 86, berkhidmat selama 20 tahun dalam bidang kehakiman sebelum bersara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat