Bekas juara dunia, Aaron Chia telah mengkritik keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas penangguhan undian bagi acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kenyataan itu dilakukan ekoran kemasukan pasangan Perancis selaku pasangan ke-17 yang dilaporkan badan induk itu setelah melakukan pengiraan yang salah sekali gus memberikan kelayakan kepada mereka di Sukan Paris.
Aaron turut meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan tersebut dengan mengungkapkan pemain-pemain yang berentap di pentas tersebut yang terpaksa menanggung punca daripada kesilapan mereka.
“Pemain yang harus menanggung kesilapan daripada penangguhan yang berpunca daripada mereka sendiri. Macam sekarang, keputusan sudah pun dibuat dan kami selaku pemain tidak boleh bercakap banyak dan hanya perlu bersedia sahaja.
“Ianya tidak mengganggu kami melakukan persediaan tetapi saya masih rasa tidak adil, sebab sepatutnya hanya dua pasangan dari tangga lapan teratas boleh masuk Olimpik , tetapi kedua-dua pasangan dari Perancis itu dalam tangga ke-8 dunia pun tidak tapi masih boleh menyertai Olimpik,”
“Bukan saya sahaja rasa tidak adil, malah pemain-pemain badminton dari negara lain juga turut merasakan ketidak adilan itu,” katanya ketika ditemu bual Scoop di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Paris.
Dalam masa yang sama, penyokong badminton sedunia turut meluahkan rasa kecewa mereka dengan menyatakan beberapa pemain antarabangsa seperti pasangan dari Indonesia Bagas Maulana-Muhammad Shohibul Fikri yang sebelum ini mempunyai peluang untuk memasuki Olimpik sekiranya kesilapan dalam pengiraan tidak berlaku.
Pasangan itu turut dilaporkan sudah berpisah ekoran keputusan mereka tidak melayakkan diri ke pentas temasya tersebut.
Keputusan rasmi undian bagi acara beregu lelaki di Olimpik Paris 2024 dijadualkan pada pukul 4 petang, 15 Julai yang bakal menyaksikan kumpulan yang mempunyai lima pasangan akan diundi secara rawak antara Kumpulan A, B, C dan D.
Baca juga: